Latarbelakang Gemaputera
GEMAPUTERA atau Gabungan Agensi-Agensi Amanah Bumiputera & Perusahaan-Perusahaan Awam Malaysia diasaskan pada akhir 1984 dan didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada awal 1985. Matlamat asal antara lain untuk “merapat dan memperkukuhkan kerjasama di antara agensi-agensi”
Penubuhannya didaftarkan di Johor Bahru dengan Yang Dipertua (YDP) yang pertama adalah Ketua Eksekutif PKENJ (kini Perbadanan Johor) ketika itu, (Tan Sri) Mohd Ali Hashim
Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Bendahari Kehormat dan 3 EXCO dipilih setiap 2 tahun secara silih ganti di kalangan ahli-ahli gabungan manakala Setiausaha Kehormat dilantik oleh YDP
Aktiviti-aktiviti GEMAPUTERA merangkumi aspek-aspek Sukan; Latihan; dan Komunikasi & Penerbitan
Dinaungi pada awalnya di bawah Kementerian Perusahaan Awam dan kemudiannya Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDC)
Fungsi GEMAPUTERA kini berkembang termasuk membincangkan dan mengetengahkan isu-isu kepentingan bersama ahli-ahli seperti Halatuju PKEN.
Aktiviti-aktiviti GEMAPUTERA merangkumi aspek-aspek Sukan; Latihan; dan Komunikasi & Penerbitan.
1985
GEMAPUTERA atau Gabungan Agensi-Agensi Amanah Bumiputera & Perusahaan-Perusahaan Awam Malaysia diasaskan pada akhir 1984 dan didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada awal 1985. Matlamat asal antara lain untuk “merapat dan memperkukuhkan kerjasama di antara agensi-agensi”
2009
Sebelum pembubaran MECD pada 2009, keanggotaan GEMAPUTERA terdiri daripada semua Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) serta agensi-agensi amanah,perusahaan awam lain seperti MARA, Kraftangan Malaysia, Perbadanan Nasional Bhd (PNS), Bank Rakyat, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), TEKUN Nasional, Bank Pembangunan, Credit Guarantee Corporation, Jabatan (kini Suruhanjaya) Pembangunan Koperasi
2012
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) mengambil inisiatif menghidupkan kegiatan di kalangan PKEN melalui penganjuran kejohanan Sukan PKEN (SUPERB) pada Disember 2012.
2013
GEMAPUTERA secara rasminya diaktifkan kembali melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa di Kangar, Perlis pada Februari 2013. Keanggotaan semasa GEMAPUTERA adalah 14 ahli terdiri daripada 13 PKEN & agensi UDA Holdings Bhd