KOTA KINABALU: Pertandingan Karom sempena kejohanan sukan GEMAPUTERA kali ke-14 dipertandingkan bermula hari ini yang dirasmikan oleh Pengerusi Perkasa Trading Sdn. Bhd. Datuk Isnin Aliasnih.
Menurut Isnin, sempena kejohanan pada kali ini Perkasa Trading telah diberi mandat untuk mengelola salah satu acara yang dipertandingkan sempena kejohanan ini dan akan memberikan komitmen sebaiknya bagi memastikan kelancaran pertandingan.
“Ini merupakan kali pertama Perkasa Trading diberi mandat untuk mengelola salah satu acara yang dipertandingkan dan saya lihat semua peserta yang mengambil bahagian menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi,”katanya ketika ditemui media sempena perasmian pertandingan acara Karom, di sini, hari ini.
Penganjuran kejohanan itu akan berlangsung sehingga 28 Mac yang melibatkan tujuh acara sukan yang dipertandingkan dan SEDCO dipilih sekali lagi sebagai pengajur selepas menjadi penganjur kejohanan itu bagi edisi ke-9 pada tahun 2002.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah