Berita

Kuantan, 26 Mei – Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, itu hasrat Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato Mohd Faizal bin Jaafar bagi penganjuran Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan PKNP pada 25 Mei 2022 di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Merapatkan kembali tautan silaturahim adalah titik mula kepada tercetusnya idea penganjuran majlis kali ini. Menariknya majlis yang diadakan pada hari ini adalah penglibatan bersama-sama anggota pekerja PKNP dan anak syarikat PKNP dalam membantu persiapan majlis.

Tambah istimewa, majlis ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKNP, Dato Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Ahli Parlimen Paya Besar, Yang Berhormat Dato Indera Mohd Shahar bin Abdullah dan Ahli-ahli Perbadanan PKNP.

Kira-kira 1,000 tetamu telah memeriahkan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan PKNP 2022.

– TAMAT –

Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

1) Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat PKNP
Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim
013 – 986 1077

2) Penolong Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat
Encik Mohd Fahmi bin Abdul Ghani
019 – 9770399

GAMBAR RAYA 1
GAMBAR RAYA 1

GAMBAR PKNP
GAMBAR PKNP

GAMBAR RAYA 3
GAMBAR RAYA 3

GAMBAR RAYA 2
GAMBAR RAYA 2

Share