Berita

KUANTAN, 25 Mei 2022 – YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail menyerahkan replika cek berjumlah RM30 juta sebagai bayaran akhir kepada CIMB Islamic Bank Berhad di Wisma Sri Pahang pada pagi ini.

Replika cek telah diserahkan kepada Pengarah Urusan dan Ketua Kumpulan Sektor Awam, Encik Zainul Tan Sri Zain Hashim. Turut hadir menyaksikan upacara ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin.

Pada tahun 2012, PKNP telah membuat pinjaman berjumlah RM200 juta dari CIMB Islamic Bank Berhad. Bayaran 1st Tranche telah dilunaskan pada tahun 2017 dengan jumlah sebanyak RM80 juta. Sebahagian dari 2nd Tranche pula telah diselesaikan pada tahun 2019 dengan jumlah RM60 juta dan RM30 juta pada 2020. Baki berjumlah RM30 juta telah dilunaskan pada hari ini.

PKNP komited dalam memastikan penstrukturan hutang dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Ini selari dengan pelan transformasi PKNP yang mensasarkan penyelesaian hutang sedia ada.

– TAMAT –

Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

1) Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat PKNP
Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim
013 – 986 1077

2) Penolong Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat
Encik Mohd Fahmi bin Abdul Ghani
019 – 9770399

Share