Berita

Kayuhan Ukhuwah PKINK – PMINT

KOTA BHARU, 26 Mac 2022 – Program Jalinan Ukhwah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bersama Kumpulan PMINT dan Kelab Chill Folding Bike (CFB) anjuran bersama PKINK dan PMINT telah diadakan pada 26 Mac 2022 bertempat di Kota Bharu, Kelantan. Program yang disertai hampir 70 peserta ini terdiri daripada wargakerja Kumpulan PKINK, Kumpulan PMINT dan Ahli Kelab CFB.

Kayuhan ini turut disertai oleh barisan pengurusan PKINK dan Pengurusan Kumpulan PMINT yang diketuai oleh Mejar (K) Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Hj Azmal bin Azaddin, Ketua Pegawai Operasi PMINT, serta Pengurus-Pengurus Besar Anak Syarikat PMINT dan PKINK.

Pelepasan peserta kayuhan disempurnakan oleh Tn Hj Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK. Kayuhan konvoi berbasikal sejauh 26km ini bermula di Bangunan PKINK pada jam 8.30 pagi mengelilingi sekitar bandar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Pantai Cahaya Bulan dan berakhir di Kala Sentral.

Pada program ini juga, pihak Pengurusan Kumpulan PMINT turut membuat lawatan ke Kala Sentral yang mana ianya merupakan kompleks yang mempromosikan dan memasarkan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan para petugas, program ini berjalan dengan jayanya. Diharap dengan penganjuran bersama ini, jalinan ukhwah antara Kumpulan PMINT dan PKINK dapat dipereratkan. Jumpa lagi pada program akan datang.

Share