Kejohanan Sukan Mini Gemaputera Futsal Piala Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK 2017 anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK) pada 4 dan 5 November lalu telah berlangsung dengan jayanya.
Kejohanan yang melibatkan 11 pasukan daripada 14 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri yang berada di bawah GEMAPUTERA berjaya memupuk perpaduan dan menyemai semangat kerjasama dan kesukanan didalam diri setiap pemain selain memastikan Kejohanan Sukan Mini Gemaputera ini selari dengan objektif GEMAPUTERA.
Johan menjadi milik pasukan daripada Utara, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan membawa pulang 36 dirham dan piala iringan. Naib Johan menjadi milik pasukan Pantai Timur, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan membawa pulang 24 dirham dan piala iringan.
Manakala tempat ketiga bersama menjadi milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dan Johor Corporation (JCorp) dengan masing-masing membawa pulang 12 dirham.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), Mazli Zakuan Mohd Noor dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Nik Kamil Amirah Nik Ab. Rahman