Berita

KOTA BHARU, 2 November 2017: Kejohanan Sukan Mini Gemaputera merupakan acara yang di adakan secara berasingan dimana agensi yang berada di bawah GEMAPUTERA akan menganjurkan satu sukan untuk dipertandingkan.

Oleh itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah dilantik untuk menganjurkan Kejohanan Sukan Mini Gemaputera bagi acara Futsal yang akan diadakan pada 4 hingga 5 November 2017 bertempat di KB Futsal Arena, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YABhg Dato’ Dr Haji Wan Zawawi bin Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK.

Kejohanan ini merupakan salah satu acara pemanas badan untuk menghadapi Kejohanan Sukan Gemaputera yang ke 15 pada tahun 2018 dimana Perlis akan menjadi tuan rumah.

Kejohanan Futsal Piala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK menampilkan kelainan apabila menawarkan hadiah berupa Dirham berjumlah RM 5000 secara keseluruhannya. Kejohanan melibatkan 11 pasukan daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri yang akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan dimainkan secara liga.

Johan akan membawa pulang Dirham bernilai 36 Dirham dan piala iringan, naib johan 24 Dirham dan piala iringan, manakala Ketiga dan keempat menerima 12 Dirham.

Kejohanan julung kali ini telah menerima penyertaan daripada pasukan Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Melaka, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan UDA Holding Berhad. Penganjur turut meletakkan syarat tambahan iaitu setiap pemain diWAJIBkan memakai pakaian menutup aurat.

Tujuan penganjuran itu adalah untuk mengeratkan hubungan antara kalangan pemain dan agensi yang mengambil bahagian selain meningkatkan lagi penglibatan secara menyeluruh daripada penggerak-penggerak sukan futsal di kalangan penjawat awam dan memberi pendedahan kepada pemain amatur untuk merasai suasana kejohanan sebenar.

Kejohanan Sukan Mini Gemaputera Futsal Piala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK 2017/aktiviti berita    Kejohanan Sukan Mini Gemaputera Futsal Piala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK 2017/aktiviti berita

Selain itu, penganjuran ini juga merupakan salah satu acara tahunan atau sukan teras Kumpulan PKINK. Kejohanan ini mampu menyemai semangat kerjasama dan kesukanan didalam diri setiap pemain selain memastikan Kejohanan Sukan Mini Gemaputera ini selari dengan objektif GEMAPUTERA.

PKINK begitu komited dalam perlaksanaan kejohanan ini sebagai sumbangan korporat dalam pembangunan sukan futsal di Kelantan dan secara tidak langsung menjadi pelopor dalam menerajui sukan yang berteraskan gaya hidup sihat.

Share