Berita

Pada 13 Oktober hingga 15 Oktober 2017, telah berlangsungnya Sukan Tradisional Mini Gemaputera anjuran Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bertempat di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu yang melibatkan sebanyak 10 penyertaan dari Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Kontinjen UDA diwakili oleh 33 orang peserta beserta AJK Gemaputera UDA dalam kejohanan tersebut. Antara sukan-sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Tradisional Mini Gemaputera Terengganu 2017 tersebut seperti Dam Haji, Batu Selambut, Congkak, Sepak Raga Bintang dan Golek Nyior.

Sukan-sukan tradisional tersebut diadakan bagi mengangkat kembali sukan-sukan tradisi lama yang dimainkan oleh generasi terdahulu agar ia terus hidup dan kekal terpelihara sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kakitangan Kumpulan UDA dengan setiap PKEN yang menyertai kejohanan sukan tersebut.. Sepanjang pertandingan ini berlangsung, semua peserta mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi demi menjadikan sukan sebagai riadah untuk mengeratkan jalinan ukhuwah dan kerjasama antara satu sama lain. Ternyata sukan yang diadakan ini memberi impak yang besar kepada peserta-peserta yang terlibat yang mana semua kakitangan yang terlibat bukan sahaja dapat bersaing secara sihat malah dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dari pelbagai peringkat negeri.

Berikut adalah Sukan Tradisional Mini Sukan Gemaputera 2017 yang terlibat mengikut wakil-wakil kakitangan UDA dalam jenis permainan :-

  1. Dam Haji : (Naib Johan dalam 9 PKEN bertanding)

Amran Md Mokhtar (UDA) – Ketua Pasukan

Ishak Abdul Hamid (UDA)

Mohamad Rashid Aziz (ULN)

Mohd Fauzi Abd Karim (ANCASA)

Mohd Samri Ismail (KTGR)

Razali Razak (ULN)

  1. Batu Selambut : (Tempat Keempat dalam 9 PKEN bertanding)

Suzana Khalidin (UMSB) – Ketua Pasukan

Mazlinah Md Zain (ULC)

Nurul Ashikin Mohd Nizam (UMSB)

Shafiah Ahmad Sahrin (UDA)

Noor Hasrina Mohd Hashim (ULC)

  1. Congkak : (Tempat Keenam dalam 9 PKEN bertanding)

Abd Rahman Abu (UMSB) – Ketua Pasukan

Ahmad Fikri Ali (KTGR)

Noor Fazlinda Ngah Ramli (ULC)

Sharifah Fatihah Tuan Said (KTGR)

Zaharah Samsu (UDA)

  1. Sepak Raga Bintang : Tempat Kelima dalam 9 PKEN bertanding)

Hazlan Lalik (PPTA) – Ketua Pasukan

Mad Akid Wahab (KTGR)

Mohd Taufik Othman (ANGSANA JB MALL)

Mohd Johar Jamaludin (LANDSCAPE)

Nor Hamizan Khamis (SPECIAL PROJECT)

Muhammad Akmaredza Kasim (ANGSANA JB MALL)

  1. Golek Nyior : (Tempat ketiga dalam 9 PKEN bertanding)

Norizan Mohammed (WDI) – Ketua Pasukan

Ahmad Ridzuan Alias (WDI)

Muhammad Hamdan @ Mohd Daik Ngah (WDI)

Mohamad Adnan Abdul Rahim (WDI)

Mohd Kamal Ghani (WDI)

Rosnida Ab. Ghani (WDI)

Wan Husniarti Wan Abd. Latiff (WDI)

Diantara tetamu jemputan (VVIP) yang telah menyerikan Majlis Penutupan tersebut adalah Y.Bhg. Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed daripada UDA Holdings Berhad, Encik Norsaike Kassim, Yang Dipertua Gemaputera sesi 2016-2018 dan Y.Bhg. Tuan Haji Samiun Bin Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT yang menyempurnakan Majlis Penutup Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 dengan acara penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang. Majlis berakhir pada 12.30 tengahari dengan jamuan makan dan diikuti dengan bersurai.

Share