Berita

Mesyuarat Exco Gemaputera di UDA Holdings Berhad

18 Mei 2022, Kuala Lumpur – Mesyuarat Exco Gemaputera Bil. 2/2022 telah berjaya dilangsungkan secara fizikal di Pertama Kompleks, Bangunan UDA Holdings Berhad.

Mesyuarat ini disertai oleh ke semua 14 PKEN dan Agensi seramai 23 orang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Tuan Haji Wan Adnan Bin Wan Deraman selaku Yang Dipertua Gemaputera bagi sesi 2021-2022.

Mesyuarat dilaksanakan bagi perbentangan laporan Biro Sukan & Rekreasi, Biro Latihan dan Biro Komunikasi & Penerbitan serta pelaporan kedudukan kewangan semasa Gemaputera oleh Bendahari Kehormat. Selain itu juga, intipati mesyuarat turut menbincangkan isu-isu semasa berkaitan Gemaputera.

Agenda mesyuarat diteruskan dengan lawatan ke Bukit Bintang City Center (BBCC) bagi melihat pembangunan terbaru yang telah dijalankan oleh pihak UDA Holdings Berhad bersama beberapa syarikat swasta. Untuk makluman juga, BBCC merupakan tapak asal Penjara Pudu yang telah dirobohkan.

Share