Berita

Kunjungan Hormat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) ke UDA Holdings Berhad

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2022 – Kunjungan Hormat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) ke UDA Holdings Berhad yang diketuai oleh Puan Hajah Rakayah Hamdan, Timbalan Pengurus Besar, SEDC.

Delegasi SEDC turut diberi penerangan oleh Encik Zahrin Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan berkenaan dengan fungsi dan pengoperasian UDA Holdings Berhad serta anak syarikat.

Hadir sama YBhg. Datuk Nordin Murat, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Perniagaan dan Teknikal Kumpulan, Encik Noor Azmi Salleh, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah, Encik Reza Huzairi Zainudin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Modal Insan Kumpulan serta Pengurusan Kanan UDA.

Share