Berita

KUNJUNGAN HORMAT PKENPs KE PKINK

KOTA BHARU, 26 Jun – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) di Dewan Makan VIP, PKINK semalam.

Majlis ringkas itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara dua agensi pembangunan ekonomi negeri selain turut berkongsi peluang-peluang kerjasama di antara PKINK dan PKENPs di masa akan datang. Taklimat ringkas berkenaan PKINK telah disampaikan  oleh YBrs Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Pn Hajah Nik Farzimar Nik Omar.

YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus dalam ucapannya, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat rombongan PKENPs yang diketuai oleh YABrs En Norsiake Kassim, Pengurus Besar PKENPs kerana sudi bertandang ke PKINK dan berharap agar persinggahan ini membawa kebaikan dan manfaat untuk pembangunan ekonomi bagi kedua-dua negeri.

Di akhir majlis, kedua-dua agensi saling bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenangan bersempena kunjungan hormat ini.

Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, En Ahmad Nazri; Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan PKINK; Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan PKINK serta Pengurusan PKENPs.

Share