Berita

KUANTAN 20 Mac – Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) muncul sekolah terbaik di negeri ini dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan hari ini dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 1.45.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keputusan tersebut mengatasi pencapaian sekolah terbaik di bawah kementerian di negeri ini iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Pekan yang mencatat GPS 1.84.

“Disebabkan MTNP merupakan sekolah projek khas kerajaan negeri di bawah Yayasan Pahang ia tidak dimasukkan dalam senarai tersebut.

“Namun, pencapaian tersebut amat membanggakan dan ia bukan kali pertama yang diraih oleh MTNP,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sukan Gemaputera di Kompleks Teruntum di sini hari ini.

Seramai 34 orang pelajar MTNP menduduki peperiksaan dan lulus 100 peratus dengan lima daripadanya memperolehi keputusan cemerlang.

Menurut Adnan, kejayaan tersebut menggambarkan bahawa jika semua pihak komited dan bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil.

“Dengan disiplin yang tinggi, kesungguhan dan komitmen semua pihak pasti akan mencapai kecemerlangan,” jelasnya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pahang/20140321/wp_01/MB-gembira-pencapaian-MTNP#ixzz4wDsw6oAd
© Utusan Melayu (M) Bhd

Share

Leave a Reply