Berita

Mesyuarat Exco Gemaputera Bil. 3/2022

15 Ogos 2022, Kuala Lumpur – Mesyuarat Exco Gemaputera Bil. 3/2022 telah berjaya dilangsungkan secara fizikal di Hotel AnCasa, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini disertai oleh kesemua 14 PKEN dan Agensi seramai 30 orang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Tuan Haji Wan Adnan bin Wan Derahman selaku Yang Dipertua Gemaputera bagi sesi 2021-2022.

Mesyuarat dilaksanakan bagi perbentangan laporan Biro Sukan & Rekreasi, Biro Latihan dan Biro Komunikasi & Penerbitan serta pelaporan kedudukan kewangan semasa Gemaputera oleh Bendahari Kehormat. Selain itu juga, intipati mesyuarat turut membincangkan isu-isu semasa berkaitan Perlembagaan Gemaputera dan Sukan Gemaputera.

Mesyurat Pada 15 Ogos 2022 juga telah diteruskan dengan Mesyuarat Hala Tuju PKEN Bil 2/2022 pada sebelah petang diketuai oleh GCEO PDC, Dato’ Aziz Bin Bakar bagi membincangkan dan mem bentang kan Kertas kerja Hala Tuju PKEN.

01-exco0322
01-exco0322

02-exco0322
02-exco0322

03-exco0322
03-exco0322

04-exco0322
04-exco0322

05-exco0322
05-exco0322

Share