Berita

Program Jalinan Ukhwah PKEN anjuran PMINT

Program Jalinan Ukhwah PKEN anjuran PMINT telah berlangsung pada 15 – 16 Julai 2022 melibatkan dua aktiviti iaitu kejohanan futsal 4 penjuru PKEN dan program kayuhan ukhwah antara PMINT dan PKiNK. Kejohanan futsal 4 penjuru telah berlangsung pada 15 Julai 2022 di gelanggang futsal Unisza yang mana telah disertai oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKINK), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). PMINT telah mendapat tempat pertama bagi kejohanan ini manakala naib johan adalah dari PKNK, tempat ketiga PKINK dan tempat keempat PKNP.

Seusai berlangsungnya kejohanan futsal 4 penjuru, program kayuhan ukhwah antara PMINT dan PKINK telah diadakan pada 16 Julai 2022 yang mana telah disertai oleh wargakerja Kumpulan PMINT dan PKINK. Kayuhan ukhwah ini turut disertai oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Barisan Pengurusan Tertinggi PMINT & PKINK, Pengurus-pengurus Besar Anak Syarikat PMINT dan PKINK serta pengerusi dan ahli Perminita.

Program kayuhan ukhwah anjuran Kumpulan PMINT dengan kerjasama Kelab Berbasikal PMINT (PiCT) dan Kelab Chill Folding Bike (CFB) melibatkan dua laluan iaitu jarak kayuhan sepanjang 29 km dan 15 km.

Dengan kerjasama pihak polis trafik, JPAM dan para petugas, program ini berjalan dengan jayanya. Diharap dengan penganjuran ini, jalinan ukhwah diantara PMINT dan PKEN dapat dipereratkan.

Pmint11
Pmint11

Pmint10
Pmint10

Pmint2
Pmint2

Pmint3
Pmint3

Pmint4
Pmint4

Pmint5
Pmint5

Pmint6
Pmint6

Pmint
Pmint

Pmint8
Pmint8

Pmint9
Pmint9

Share