Pada 26 Oktober 2017 (Khamis) yang lalu telah berlangsungnya Taklimat Pengisian Laman Web Gemaputera 2017 yang bertempat di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur anjuran UDA HOLDINGS BERHAD selaku Ahli Jawatankuasa Penerbitan dan Komunikasi Gemaputera untuk sesi 2017-2018. Taklimat tersebut telah dihadiri seramai 25 orang wakil yang terdiri daripada setiap Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan kakitangan-kakitangan daripada UDA. Antara wakil-wakil yang hadir di taklimat di atas adalah dari PKENP (Perlis), JCORP (Johor), PKNNS (Negeri Sembilan), PDC (Penang), PKNK (Kedah), PKNP (Pahang), SEDC (Sarawak), PKNM (Melaka), PMINT (Terengganu) dan PKINK (Kelantan)
Berikut adalah senarai PKEN dan nama-nama wakil yang hadir:-
Tujuan Taklimat tersebut diadakan adalah untuk memberi maklumat dan penerangan lebih terperinci tentang kewujudan dan pengisian serta fungsi Laman Web Gemaputera tersebut di laksanakan. Aturcara dimulakan dengan pendaftaran wakil-wakil dari setiap PKEN dan kakitangan daripada UDA. Pada jam 9.45 pagi, taklimat bermula dan disampaikan oleh Hj. Ahmad Sanusi Abdullah bagi sesi perkenalan dan objektif taklimat ini diadakan. Taklimat diteruskan dengan menyerahkan kepada Cik Kristy Christie iaitu wakil dari TheMalaysian.com dan selaku Juru Perunding IT yang dilantik untuk memulakan taklimat pengisian lamn web Gemaputera 2017 ini.
Sepanjang taklimat dijalankan, wakil-wakil PKEN yang hadir dapat menguasai Pengisian Laman Web Gemaputera dengan baik sekali. Antara pengisian yang telah dikongsikan oleh Cik Kristy pelaksanaanya seperti laman berita, mesyuarat, kalendar acara sukan yang akan datang, gambar-gambar wakil Gemaputera, cara menaikturun gambar atau maklumat terbaru dan lain-lain. Rata-rata wakil yang hadir sangat berpuas dengan pengisian yang telah dikongsikan dan banyak memberi manfaat kepada mereka yang hadir.
Taklimat berakhir pada jam 1.00 petang dan disusuli dengan jamuan makan tengahari anjuran UDA HOLDING BERHAD di Saffron Restaurant di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur.
BIL |
PKEN |
NAMA PEGAWAI |
1 |
PKENPs (PERLIS) |
Nur Aida Natasha Md Radzi |
2 |
Nor Firdaus Bt Abdul Razak |
|
3 |
JCORP (JOHOR) |
En. Jefri Bin Jaafar |
4 |
PKNNS (NEGERI SEMBILAN) |
Mohshafizi Bin Mohd |
5 |
PDC (PENANG) |
Mohd Fakhrul Syahimy Bin Abdul Hamid |
6 |
PKNK (KEDAH) |
Nur Syazwana Bt Johari |
7 |
PKNP (PAHANG) |
Mohd Ibrahim bin Hashim |
8 |
Mazilah Bt Mansor |
|
9 |
Roslela Bt Mohamad |
|
10 |
SEDC (SARAWAK) |
Joseph Chaong |
11 |
PKNM (MELAKA) |
Mohammad Hafiz Mat Shah |
12 |
Mohd Nasran Hasan |
|
13 |
PMINT (TERENGANU) |
Norsabihah binti Fidri |
14 |
PKINK (KELANTAN) |
Tengku Noor Azian Tengku Ismail |
15 |
THEMALAYSIAN.COM |
Kristy Christie |
16 |
UDA HOLDINGS BERHAD |
Hj. Ahmad Sanusi Abdullah |
17 |
Amran Hj. Baharom |
|
18 |
Mohd Jismin Jamaludin |
|
19 |
Mohd Johar Jamaludin |
|
20 |
Nurshazleen Kamaruddin |