Biro Sukan & Rekreasi

PKNPk telah ditubuhkan pada tahun 1967, di bawah No. Enakmen 3/1967 dan telah diberi mandat bersesuaian dengan objektif seperti di bawah:

  • Meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosio-ekonomi negeri ini.
  • Mempercepatkan pembangunan industri dan perdagangan di negeri ini menerusi pelbagai portfolio pelaburan.
  • Bertindak sebagai pemangkin kepada pelaburan swasta

Agensi ini ditubuhkan berasaskan kepada empat prinsip:
untuk menggalakkan, merangsang, memudahkan dan melaksanakan inisiatif pembangunan dengan matlamat untuk membawa pembangunan di negeri Perak.

Perlaksanaan tanggungjawab ini akan berkembang dan diperluaskan untuk merangkumi perancangan strategik jangka panjang dalam penggunaan sumber, tarikan pelaburan, projek- projek perlaksanaan, dan penciptaan nilai meliputi semua kawasan pertumbuhan ekonomi dan sosial di negeri Perak. Kumpulan PKNPk akan menyediakan sokongan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi perniagaan dan pelaburan di negeri ini. Matlamat utama PKNPk adalah untuk merangsang pertumbuhan secara berterusan bagi mengubah landskap ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini.

Bagi mencapai matlamat utamanya, PKNPk mengambil pendekatan dengan mengenalpasti dan memupuk keperluan untuk memperkukuhkan rakyat melalui pencapaian budaya berprestasi tinggi. Sejajar dengan penggabungan budaya berprestasi tinggi dan pemanfaatan ke atas sumber asli di negeri ini akan mempercepatkan pembangunan negeri Perak dari segi ekonomi dan sosio-ekonomi yang ideal ke tahap baru yang lebih tinggi.
Dalam melaksanakan peranan sebagai agensi kerajaan negeri, PKNPk dan kumpulan syarikat-syarikatnya (Kumpulan PKNPk) telah memastikan bahawa inisiatif yang diambil adalah sejajar dengan objektif Pelan Perak Sejahtera 2030.

Arbaatul Akmar
Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat PKNPk

Nur Sahira Binti Dato’abd Rahim
Pegawai Tadbir N41 Bahagian Komunikasi Korporat