Latar Belakang

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, yang dahulunya dikenali dengan nama Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis telah ditubuhkan menurut Enakmen Negeri Perlis Bil 6 pada tahun 1973 dan berkuatkuasa mulai 01 September, 1973.

Pada tahun 1973, Kerajaan Negeri melalui Ekankmen No. 3 Tahun 1984 telah membuat beberapa pindaan terhadap Enakmen Ibu (Enakmen Bil 6 Tahun 1973) yang melibatkan beberapa Seksyen (Seksyen 4, Seksyen 7, Seksyen 8, Seksyen 9 dan sebagainya) ini adalah bagi menyesuaikan dengan keadaan dan perkembanguan semasa.

Mulai 1 Mei 1985, Perbadanan telah ditukarkan ke nama baru seperti yang dikenali pada masa kini iaitu “PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS” ini berikutan selaras dengan fungsinya untuk Kemajuan Dalam Sektor Perekonomian di Negeri Perlis. Pertukaran nama ini telah diluluskan oleh Enakmen Negeri Perlis Bil. 7 Tahun 1985.

Meskipun beropeasi di dalam ruang lingkup yang agak terhad, namun Perbadanan masih berdaya maju bersaing bersama-sama pemaju-pemaju perumahan dan bangunan lain di dalam dan luar negeri dengan berjaya membina bangunan dan rumah-rumah kediaman dan rumah kedai di sekitar negeri Perlis. Permintaan yang semakin meningkat kearah pembangunan negeri melalui pembinaan bangunan, rumah kedai dan rumah kediaman menjadikan Perbadanan terus mengekalkan prinsip utama dalam menerajui pembangunan dan ekonomi negeri .