Latihan

Latar Belakang

 

 

 

 

 

 

 

YBhg. Datuk Hj. Mohd Yusof Bin Abu Bakar
Ketua Pegawai Eksekutif

 

 

Sejarah Perbadanan Melaka (MCORP) yang sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) bermula apabila Kerajaan Persekutuan menggesa agar setiap negeri di negara ini menubuhkan perbadanan kemajuan negeri masing-masing bagi memastikan tahap pembangunan ekonomi dan sosio ekonomi dapat dipertingkatkan. Sebagai sebuah Badan Berkanun, pada ketika itu, setiap PKEN dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan usaha pembangunan ekonomi dan sosial di negeri masing-masing. Ia juga adalah sejajar dengan matlamat kerajaan merealisasikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) khususnya dalam memastikan penyertaan golongan Bumiputera akan dapat dicapai.

Selain itu, peranan utamanya juga adalah untuk meningkatkan taraf hidup dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan yang seimbang dan pengagihan pendapatan yang saksama.

Justeru itu menerusi penguatkuasaan Enakmen MCORP iaitu Enakmen No 1 Tahun 1971, Perbadanan Melaka (MCORP) telah ditubuhkan pada 30 April 1971 dengan kakitangan ketika itu hanya seramai 20 orang sahaja.

Matlamat Kerajaan Negeri terhadap penubuhan MCORP pada ketika itu adalah berperanan dalam membangunkan serta memajukan negeri Melaka dalam empat bidang utama iaitu, Perindustrian, Pelancongan, Perumahan, Perniagaan & Perdagangan.