Sukan & Rekreasi
Latar Belakang PKNS
YBrs. Tuan Haji Suhaimi bin Haji Kasdon
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan & Keusahawanan)
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (1964) sebagai badan berkanun dan agensi pembangunan bagi negeri Selangor.
Penubuhannya adalah bertujuan untuk memartabatkan kemerdekaan negara melalui pengagihan ekonomi dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang adil yang berpandukan dasar kerajaan demi mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial khususnya di negeri Selangor.
Hasrat ini boleh dipenuhi melalui pembangunan pusat pertumbuhan baharu, penerokaan kawasan kediaman yang cergas dan mampan, dan pembangunan pusat perindustrian dan perniagaan serta pelbagai aktiviti pelaburan.
Memandangkan masa depan yang mampan, ibu pejabat baharu, Laman PKNS, dibina sebagai mercu tanda ikonik dan simbol kemajuan dan dinamik melalui penggunaan tenaga yang lebih cekap berbanding pejabat konvensional. Reka bentuknya memenuhi keperluan Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan seni binanya melengkapkan ketenangan tasik Shah Alam.