TIMBALAN YANG DIPERTUA

Latar Belakang SEDC

 

YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir
Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)

 

 

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) merupakan agensi kerajaan Sarawak yang telah diamanahkan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi dan perindustrian di Sarawak. Ditubuhkan pada 1 Mac 1972, SEDC terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi termasuk industri agro dan makanan, pelancongan dan hospitaliti dan pembangunan hartanah. Selain itu, SEDC juga terlibat dalam perlombongan, serta kerja-kerja jalan raya dan infrastruktur melalui Cahya Mata Sarawak. Pelaburan ini dilakukan sama ada secara langsung oleh Perbadanan atau secara usaha sama dengan rakan kongsi asing dan/atau tempatan.

Secara amnya, SEDC beroperasi secara komersial untuk memastikan perniagaan dan pelaburan mencapai objektif yang dikehendaki. Penekanan kami adalah pada penilaian dan perancangan yang menyeluruh untuk memastikan pulangan optimum ke atas pelaburan dan kerjasama berpandukan nilai dan prinsip integriti.

Melalui sokongan padu daripada kerajaan dan kerjasama erat agensi kerajaan yang lain, kami di SEDC mengalu-alukan cadangan perniagaan dan pelaburan di dalam dan luar negara. Kami berharap kerjasama kami dan usaha tadbir urus korporat SEDC akan memberi impak positif dan bermakna untuk pembangunan berterusan Sarawak.