Home2026-04-03T12:28:51+00:00

BERSAMA MEMBINA EKONOMI,
BERSAMA MEMBINA MASA DEPAN

GEMAPUTERA

AJK GEMAPUTERA

AHLI-AHLI GEMAPUTERA

AKTIVITI GEMAPUTERA

ALAMAT PKEN

Ucapan Aluan Yang DiPertua GEMAPUTERA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli GEMAPUTERA atas komitmen, penglibatan serta sokongan padu yang telah diberikan dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan. Kejayaan setiap inisiatif yang dilaksanakan adalah hasil usaha berpasukan, semangat kekitaan dan kerjasama erat antara semua ahli.

Sebagai Yang Dipertua, saya amat menghargai dedikasi dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli dalam menyokong matlamat dan aspirasi GEMAPUTERA. Sokongan inilah yang menjadi kekuatan utama GEMAPUTERA dalam meneruskan peranan membangunkan ekonomi, bakat, kepimpinan serta semangat kesukanan dalam kalangan ahli.

Saya berharap agar sokongan dan kerjasama yang sama dapat diteruskan sepanjang tempoh saya menerajui GEMAPUTERA. Marilah kita terus berganding bahu, berkongsi idea dan tenaga demi memastikan GEMAPUTERA kekal relevan, progresif dan berdaya saing.

Akhir kata, saya mengalu-alukan pandangan serta penglibatan aktif daripada semua ahli GEMAPUTERA demi memperkukuhkan lagi GEMAPUTERA pada masa hadapan.

Wassalam,

HAJAH RAKAYAH HAMDAN
YANG DIPERTUA GEMAPUTERA
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak

VIDEO KORPORAT

Saksikan video korporat kami yang menggambarkan visi, nilai, dan komitmen Gemaputera

AHLI-AHLI
GEMAPUTERA

0
Permainan
0
Kumpulan
0
Piala
0
Ahli
Go to Top