Berita

KOTA KINABALU: Seramai hampir 1,000 atlet termasuk pegawai dari Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dijangka menyertai Sukan Gabungan Agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan Awam (Gemaputera) 2016.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Pengiran Saifuddin Pg. Tahir, pihaknya sudah bersiap sedia menganjurkan sukan Gemaputera yang bakal menyaksikan 13 PKEN dari seluruh negara dan UDA Holding Berhad bertanding pada temasya kali ini.

“Persiapan untuk temasya edisi ke-14 itu kini dalam fasa akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Pengiran Saifuddin lagi, sebanyak tujuh jenis sukan akan dipertandingkan iaitu futsal, boling, karom, golf, bola jaring, dart dan pool.

“Sukan ini merupakan landasan untuk wadah kesihatan bersifat perpaduan, disiplin diri dan merapatkan kerjasama antara PKEN bersama Kementerian Kewangan,” katanya.

Gemaputera yang dijadual berlangsung pada 23 hingga 26 Mac ini merupakan kali kedua Sabah menjadi tuan rumah selepas tahun 2002.

Share