YANG DIPERTUA

Latar Belakang PDC

DATUK HJ. MOHD YUSOF BIN ABU BAKAR

DATUK HJ. MOHD YUSOF BIN ABU BAKAR
Ketua Pegawai Eksekutif

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah ditubuhkan pada 17 November 1969 merupakan agensi pembangunan unggul Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sejak penubuhannya, PDC telah dipertanggungjawapkan untuk menerajui pertumbuhan sosio-ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup warga Pulau Pinang.

Aktiviti utama PDC termasuklah menjadi tenaga pemikir kerajaan Negeri, pembangunan taman perindustrian, pembangunan perbandaran, pembangunan semula bandar, perumahan mampu-milik dan pelaburan.
Sejak penubuhannya, PDC terus berkembang dan usahanya untuk pembangunan industri dan perumahan telah meletakkan Pulau Pinang sebagai peneraju perindustrian, pelancongan dan hab perkhidmatan di rantau ini.

PDC akan terus memainkan peranan penting sebagai pemangkin pertumbuhan di Pulau Pinang, bekerja seiring dengan sektor awam dan swasta sebagai rakan pembangunan dan selaras dengan wawasan negeri untuk mencapai status bandar antarabangsa.