Berita

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan perkhidmatan Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Dato’ Mohd. Bazid Abd Kahar bagi tempoh setahun lagi mulai 1 Oktober 2019.

Selaras dengan itu, satu majlis menandatangi Aku Janji oleh Mohd. Bazid telah diadakan di hadapan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dekat pejabat beliau di Komtar baru-baru ini.

Mohd. Bazid dilantik menerajui PDC pada 19 Februari 2019 bagi menggantikan Dato’ Seri Ar. Rosli Jaafar yang bersara tetap.

Share

Leave a Reply