Berita

Majlis Menandatangani Perjanjian Inisiatif Projek Solar Negeri Perak Antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (Pknpk) Dan Gading Kencana Sdn. Bhd.

 


15 April 2021, Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Inisiatif Projek Solar Negeri Perak telah berlangsung pada jam 1.30 tengah hari di Bilik Mesyuarat Pejabat YAB Menteri Besar Perak. Majlis itu melibatkan jalinan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) bersama Gading Kencana Sdn Bhd (GKSB) bagi projek solar Negeri Perak.

Kerjasama yang dijalin antara PKNPk dan GKSB dalam agenda pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui Negeri Perak merupakan suatu perkembangan yang positif daripada Kerajaan Negeri Perak bagi menjana peluang-peluang ekonomi di sektor tenaga solar. Pembangunan ini dijangka menjadi permulaan untuk meningkatkan usaha menarik penyertaan sektor swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan di Negeri Perak sekaligus berpeluang menjana pendapatan negara.

Perjanjian antara dua pihak tersebut telah disaksikan oleh YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan ditandatangani oleh YBhg. Datuk Redza Rafiq Abdul Razak selaku Ketua Eksekutif PKNPk dan YBhg. Dato’ (Dr.) Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng selaku Pengarah Urusan GKSB.

Muat Turun BULETIN PKNPk EDISI 1/2021

 

Lokasi Acara

Bilik Mesyuarat Pejabat YAB Menteri Besar Perak,
Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Butiran Hubungan Penganjur

  • Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk)
  • 605-5019888

Share